Thursday 29 November 2012

TIPS LANGSING DENGAN CEPAT

Saya nak kurus dengan cepat tetapi saya tidak tahu nak mulakannya?

Dibawah adalah sedikit tips yang akan saya kongsikan bersama anda.

1. Setkan dalam minda anda. Setiap makanan yang berkalori tinggi, berminyak dan berlemak merupakan musuh anda. Jika tidak boleh juga, bayangkan semua makanan tidak berkhasiat adalah racun yang boleh membunuh anda. (Bunyi macam keras tapi ianya akan membantu anda).

2.Jangan lupa bersenam setiap pagi dan petang.(Nanti saya akan ajar cara bersenam yang ringkas tapi berkesan). Tidak perlu lama cukup dalam 15 minit satu sesi.

3. Kalau anda mempunyai masalah berat badan melebihi BMI yang sepatutnya, anda boleh mencuba mengambil pelbagai jenis produk makanan pelangsingan yang ada.

4. Untuk kekal cantik dan menawan, seelok-eloknya sapu bahagian yang bermasalah (seperti perut, pinggul, punggung dan bawah lengan) dengan krim pelangsingan yang ada. Ia membantu memecah lemak dengan lebih cepat dan menegang serta menganjalkan kulit anda semasa dalam proses menguruskan badan.

5. Untuk mempercepatkan proses pelangsingan badan, anda boleh gunakan bengkung selepas menyapu krim pelangsingan dibahagian perut anda.

6. Jika anda mengikut semua tips yang saya berikan, dalam masa 1 bulan, anda pasti akan kelihatan lebih ayu dan menawan. Pasti ramai yang melihat anda akan tertawan.


SELAMAT MENGAMALKAN HIDUP YANG SIHAT!

Salam Sayang,
Gadis Ayu, Wanita Menawan.

No comments:

Post a Comment