Friday 30 November 2012

APA ITU DETOX?

Punca Toksin Dalam Tubuh :



PERSEKITARAN DAN AMALAN HIDUP YANG TIDAK SIHAT

Persekitaran dan amalan hidup yang tidak sihat merupakan punca utama Toksin berada didalam tubuh kita. Bahkan kanak-kanak yang berumur bawah 6 tahun sudah mempunyai toksin didalam badan disebabkan oleh amalan kehidupan persekitarannya yang tidak sihat.

Anda mempunyai masalah sembelit, demam, selsema, berat badan berlebihan, selulit, kadar kolesterol darah yang tinggi, lesu kronik, penyakit/gangguan kulit, sindrom pramenstruasi, kehilangan ghairah seks, penuaan, tumor, penyakit-penyakit degeneratif (hipertensi, stroke, penyakit jantung koroner, diabetes, dll.), serta penyakit-penyakit yang tidak sembuh-sembuh? Tahukah Anda bahawa akar dari masalah-masalah tersebut adalah kerana adanya timbunan sisa dalam tubuh Anda?

TOKSIN bukan hanya sisa dari makanan yang kita makan dan makanan-makanan yang tidak tercerna, tetapi juga bisa berasal dari zat makanan aditif, udara tercemar, bahan kimia seperti pestisida, logam berat dalam air minum, ubat-ubatan farmasi, dll. Bahkan fikiran dan emosi negatif juga merupakan racun bagi sel-sel tubuh kita. Semua sisa atau zat yang tidak diperlukan tubuh akan diperlakukan sebagai racun (toksin) atau penyakit. Sisa atau toksin juga dikitar secara alamiah oleh tubuh kita sendiri. Ini merupakan proses metabolisme sehingga tidak dapat kita elakkan. Setiap hari di dalam tubuh terjadi pembelahan sel-sel baru.

Sementara itu sel-sel yang sudah tua akan menjadi haus, mati, dan menjadi sisa. Secara normal, sisa akan dikeluarkan secara teratur setiap hari melalui sistem pembuangan tubuh. Buang air besar setiap hari bukan jaminan bahawa proses pembuangan kita normal. Jika salah satu atau beberapa masalah tersebut merupakan masalah anda, bererti pengeluaran sisa dari tubuh Anda belum optimal! Penyakit terjadi apabila proses pembuangan tidak optimal dan toksin mulai merosak jaringan organ-organ dalaman. Dalam sejumlah hasil penelitian disebutkan masalah racun berlebihan (toxicity) erat hubungannya dengan penuaan, menyebabkan terjadinya penyakit-penyakit degeneratif (hati, jantung, diabetes, kanser, dll.), dan menurunkan sistem kekebalan tubuh. Kerana itu, racun harus dikeluarkan dari dalam tubuh. Caranya, dengan detoksifikasi (detoks).

Apa itu detoks? Detoksifikasi (detoks) adalah proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Puasa merupakan salah satu metode efektif detoksifikasi. Pembersihan dan detoks meningkatkan proses alamiah pengeluaran toksin dari dalam tubuh kita. Organ dalaman yang menjadi target dalam program pembersihan racun yang efektif adalah susu besar (pengeluaran) dan liver (detoksifikasi).Hampir semua penyakit degeneratif dapat dihubungkan dengan keadaan keracunan dalam saluran usus (intestinal toxemia). Mengapa? Kerana setiap jaringan dalam tubuh mendapatkan makanan dari darah, dan darah mendapatkannya dari usus. Setiap zat yang masuk ke dalam tubuh kita akan terserap ke dalam darah melalui dinding-dinding usus. Ertinya, toksin yang berada usus juga akan ikut beredar bersama aliran darah sampai ke sel-sel di seluruh penjuru tubuh kita. Toksin-toksin inilah yang menyumbangkan terjadinya berbagai kondisi penyakit kronis, akut, dan degeneratif. Begitu juga menurunnya tingkat energi dan penuaan dini.

Bagaimana Masalah  Terjadi?

Perut (usus)  merupakan punca segala penyakit,tak percaya? Perut adalah tempat makanan kita diproses.Setiap Semua makanan masuk kedalam perut kita setiap hari akan di proses dialam usus kita,yang mana air dan zat -zat akan di serap dari usus kecil dan dibawah oleh darah dan disalurkan seluruh badan.

 Permasalahan berlaku adalah apabila permakanan yang tidak baik serta tercemar  gagal di bersihkan dari usus kita seperti kolestrol,toksin dan najis dari makanan yang  tidak dapat di keluarkan melalui sistem perkumuhan kita,maka ia akan kekal tertinggal di didalam usus kita,

 Akibatnya, badan kita akan menyerap zat dari kolestrol,toksin dan najis dari makanan  yang terkumpul di usus kecil &  usus besar (kolon). kita tadi seterusnya boleh membawa penyakit terutama kanser usus,sembelit, buasir, perut buncit,lemak & toksin berlebihan,obesiti dan lain-lain penyakit.

Fakta Berkait: 
SECARA PURATA,14-15 ORANG YANG MEMPUNYAI SEMBELIT, 1 ORANG DARIPADANYA MENGHIDAPI KANSER KOLON.

LAPORAN PENDAFTARAN KANSER NEGARA : DI DUNIA SETIAP TAHUN 520,000 ORANG MATI DISEBABKAN OLEH KANSER KOLON.

Apa yang anda tunggu lagi, Jom Buang Detox yang Tidak diperlukan berada dalam tubuh kita bertahun lamanya. Anda boleh ambil pelbagai jenis produk Detox bukan sahaja membantu anda membuang toksin yang tidak diperlukan malah ia juga dapat menyihatkan dan membantu anda mendapatkan berat badan ideal! 







No comments:

Post a Comment