Sunday 8 December 2013

TIPS MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA MENGANDUNG

Tiada apa yang lebih menggembirakan setiap pasangan yang telah berumahtangga, apabila mendapati dirinya (isteri) mengandung. Tidak kiralah anaknya yang keberapa. Sudah pasti apabila setiap ibu mengandung harus mengambil lebih kalori yang tinggi untuk anaknya didalam kandungan.

Bagi ibu yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit semasa mengandung pasti berasa gembira selama bayi didalam kandungan. Bagaimana pula bagi ibu-ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi semasa hamil. Disini saya akan kongsikan tips untuk menurun / mengawal tekanan darah tinggi semasa hamil.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil, berisiko kehilangan bayinya, nyawanya sendiri atau bayi yang dilahirkan tidak seberat bayi normal yang lain.

Tips 1
Penyebab utama, tekanan darah tinggi adalah makanan yang mempunyai sodium / natrium yang tinggi. Sodium / Natrium adalah bersamaan dengan GARAM. Sodium / Natrium yang tinggi kebanyakan ada didalam :

  1. Restoran Makanan Segera (KFC, McD, Pizza dan seangkatan dengannya)
  2. Makanan bergoreng (Ayam Goreng, Karipap, Popia dan lain-lain)
  3. Makanan siap untuk dimakan (Sausage, Burger, Wedges, Murtabak Segera dan lain-lain)
  4. Roti Canai
  5. Ikan masin, udang kering, ikan bilis dan seangkatan dengannya.
Ingat ELAKKAN makan makanan didalam senarai diatas!


Tips 2
Perbanyakkan minum air Fresh Orange. Ya. Pastikan ianya segar dan kurang gula. Sekarang terdapat pelbagai produk dipasaran menjual Fresh Orange seperi Marigold, Ceres dan lain-lain.
Amalkan minuman yang penuh khasiat ini pada setiap pagi dan malam. Selain dapat mengawal tekanan darah tinggi, ianya turut membekalkan vitamin C yang tinggi kepada bayi yang anda kandung. Pasti bayi anda akan mempunyai kulit yang cantik.

Kalau nak makan terus pun boleh tapi jangan banyak sangat tau. Nanti angin pula.

Tips 3
Jadikan tomato / daun sup / batang celery sebagai ulam anda setiap kali anda menjamu selera. 
Tomato / Daun Sup / Batang Celery dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu, ia juga membekalkan banyak nutrisi yang diperlukan oleh bayi anda. Juga terdapat 1001 kebaikan pada tubuh anda juga.

Tips 4
Minum air asam jawa. Minum air asam jawa 2 hari sekali. Cara penyediaan. Isi air masak kedalam 1/2 cawan kegemaran anda. Masukkan hujung sudu pes asam jawa dan kacau. Akhir sekali minum. 

Selain dapat menurun tekanan darah tinggi, ia juga baik untuk ibu hamil yang sedang mempunya sakit kerongkong atau batuk. Kebanyakan ubat batuk tidak boleh diambil oleh ibu mengandung kerana ditakuti akan membahayakan bayi didalam kandungan.

Tips 5
Bersenam. Jangan keterlaluan. Anda boleh google diinternet senaman untuk ibu hamil. Bagi mengurangkan tekanan serta dapat membantu semasa kehamilan dan semasa proses bersalin.

Tips 6
Buat kerja dengan teratur. Jangan kelam-kabut. Relaks... Anda sedang hamil tau. Minta tolong orang yang terdekat dengan anda jika perlu. Ingat. Tarik nafas. Relaks....


Dengan mengamalkan tips-tips diatas, InsyaAllah anda akan lahirkan bayi yang sihat dan comel. 

Selamat Menjaga Kesihatan Para Ibu disayangi!

No comments:

Post a Comment