Sunday 23 June 2013

Cara-Cara Cepat Langsing Dengan Sihat



KENAPA SAYA PERLU BERDIET / MEMILIKI TUBUH LANGSING / SEKSI?
Terdapat banyak sebab anda perlu memulakan langkah pertama anda untuk kelihatan Langsing. Antaranya adalah:

  1. Bila memiliki kesihatan yang baik dapat mencegah pelbagai penyakit yang berbahaya.
  2. Tubuh yang cantik, langsing dan seksi membuatkan pasangan anda lebih menghargai anda.
  3. Tubuh yang langsing memudahkan anda membeli pakaian anda dimana sahaja tanpa perlu risau saiz yang tidak akan dapat tubuh anda masuk.
  4. Anda sendiri akan berasa lebih yakin dengan penampilan anda yang langsing pasti ramai yang terpukau.
  5. Anda akan berasa lebih aktif dan mudah bergerak bila tubuh anda semakin langsing.



LANGSING

VS

KURUS



LANGSING VS KURUS?
Langsing tidak bermakna kurus kering. Apabila kita terlalu kurus, kemungkinan besar zat, khasiat dan vitamin didalam badan kita tidak mencukupi. Terlalu kurus juga adalah satu cara pemakanan dan kehidupan yang tidak sihat.

JOM KITA LIHAT CARTA BERAT DAN KETINGGIAN....
Berat dan Ketinggian Ideal LELAKI & PEREMPUAN
LELAKI KETINGGIAN PEREMPUAN
KG CM KG
54-60 150 45-51
56-62 154 47-53
58-64 158 49-55
60-66 160 50-56
63-69 164 52-59
66-72 168 55-62
67-74 170 56-64
70-79 174 59-66
73-82 178 62-69
74-85 180 64-71
77-89 184 66-75
81-92 188 68-78
Jika anda sudah tergolong dalam kumpulan diatas. TAHNIAH!!! Anda sudah dapat berat badan ideal anda. Terus kekalkan kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran tubuh anda.

Bagi yang masih belum mencapai berat badan ideal anda, disini saya akan berkongsi cara-cara untuk mendapatkan berat badan ideal dengan cepat dan berkesan.


1) KATAKAN TIDAK KEPADA KOLESTROL
Perkara yang paling utama yang menyebabkan berat badan anda naik, adalah disebabkan makanan dan pemakanan yang tidak sihat. Cara pemakanan yang tidak sihat jugalah menjadi penyebab utama manusia meninggal dunia. Antaranya Sakit Jantung, Kencing Manis dan Darah Tinggi.

Senarai makanan yang patut DIELAK untuk mendapatkan berat badan ideal :
  • Roti Canai
  • Kuih Koci
  • Nasi Lemak
  • Santan
  • Makanan Segera seperti Ayam Goreng, Pizza dan Cheese.

  • Minuman Manis seperti Air Pepsi dan Coke
Nampak SEDAP tetapi Penuh Degan KOLESTROL!!!
KATAKAN TIDAK KEPADA KOLESTROL

2) BANYAKKAN MINUM AIR
Anda seharusnya minum air masak / bersih / mineral sekurang-kurang 8 gelas sehari atau 2 hingga 3 liter sehari. Bukan air manis tau. Dengan meminum air kosong dengan banyak, dapat membantu tubuh anda membuang segala jenis lemak dan toksin yang ada dalam tubuh kita dengan lebih mudah. Selain itu, ia mengelakkan anda daripada dinyahhidratkan.
Untuk mempercepatkan proses pelangsingan badan, anda digalakkan untuk minum air buah citrus contohnya AIR LEMON, AIR BUAH KASTURI ATAU AIR LIMAU NIPIS. Cukup hanya minum sehari sekali. Pastikan semasa penyediaan air buah citrus tersebut jumlah gula dikurangkan. Jika tiada gula terus dalam minuman adalah lebih bagus.

Air buah citrus dapat membantu mengikis lemak degil dan toksin yang ada dalam tubuh kita. Selain itu, ia juga mengelakkan kita terkena ulser usus serta mengelakkan mereka daripada terkena masalah sembelit.

 3) KURANGKAN PENGAMBILAN NASI/ ROTI / KARBOHIDRAT

Karbohidrat sememangnya penting dalam tubuh kita. Tetapi jika kita mengambilnya secara berlebihan dan tidak digunakan semula sebagai Tenaga akan menyebabkan ia tersimpan menjadi penyumbang kepada lemak kepada tubuh kita.

Oleh itu mulakan dengan hari ini dengan pengambilan nasi hanya segenggam sehari dan dikurangkan.

4) GANTIKAN MAKANAN RUJI (NASI) KARBOHIDRAT DENGAN OAT
Makanan Berkhasiat Tinggi Juga Sedap diMakan

Ya, Gantikan makan harian anda (nasi dengan Oat). Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara berterusan berkesan untuk menurunkan dan memperbaiki tahap kolestrol.

4) LEBIHKAN BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN
Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana mampu mengurangkan kolestrol dalam badan anda. Terutamanya buah-buahan seperti betik, nenas, pisang dan kurma.

5) LAKUKAN SENAMAN SELAMA 30 MINIT

Malas nak bersenam??? Bagi yang berkemampuan anda boleh membeli sauna dan menggunakannya dirumah. Amalkan sauna selama 30 minit sehari untuk mempercepatkan anda kelihatan langsing.

Bagi yang suka bersenam atau cabaran. Lakukan senaman. Paling kurang pun berjalan kaki tanpa henti selama 30 minit. Dekat shopping mall pun boleh. Tapi nanti jangan lepas berjalan nanti pergi makan penuh pinggan ya!

Saya kongsikan video senaman mudah yang anda boleh lakukan dirumah.


6) PRODUK PELANGSINGAN

Makanan Tambahan Melangsingkan Badan
Kini untuk menjadi langsing menjadi semakin mudah. Terdapat pelbagai produk pelangsingan boleh didapatkan dipasaran. Dengan pengambilan makanan tambahan untuk pelangsingan badan, ia membantu anda mengurangkan berat badan dengan sangat cepat dan berkesan dengan SYARAT. Anda mesti mengamalkannya sehingga mendapat bentuk badan yang diingini.







Losyen Pelangsingan Badan
Losyen pelangsingan adalah satu keperluan semasa anda dalam proses pelangsingan badan. Semasa proses pelangsingan badan, kulit-kulit pada tubuh kita akan sedikit kendur akibat pecah lemak. Losyen pelangsingan badan ini akan membantu menegangkan dan menganjalkan kembali kulit kita sambil membantu membuang lemak didalam tubuh kita.

7) BERPUASA
Jikalau anda mempunyai masalah pantang nampak makanan. Lebih elok anda berpuasa sunat pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Dapat pahala dan badan pun lebih sihat. Waktu bersahur, makan segenggam nasi bersama Sejenis Protein (Ayam / Ikan / Daging) dan Sayur. Berbuka puasa dengan makan kurang daripada makanan bersahur.

8) JADUAL DIET BERKESAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

BREAKFAST / SARAPAN = APPETIZER / PEMBUKA SELERA
LUNCH / MAKAN TENGAH HARI = MAIN COURSE / HIDANGAN UTAMA
DINNER / MAKAN MALAM = DESSERT / PENCUCI MULUT
SNACK = MAKANAN SAMPINGAN

9) KATAKAN TIDAK KEPADA MAKAN MALAM
Ambil makanan terakhir anda paling lewat 5 petang (ambil snack sahaja). Minum air lemon atau pati oren (campuran pati Sunquick pun boleh) sahaja pada waktu malam. In Shaa Allah dalam masa 1 minggu anda akan nampak perubahan berat badan anda akan semakin menurun. Tak Percaya??? Cubalah!

MESTI BERSENAM SEKURANG-KURANGNYA 30 MINIT SEHARI
WAJIB MINUM AIR 8 GELAS SEHARI

UNTUK LEBIH BERKESAN, AMALKAN MAKANAN SUPPLEMENT MEMBUANG LEMAK DALAM TUBUH.

Anda akan dapat lihat perubahan ketara pada diri anda dalam masa 1 bulan.

Disini saya kongsikan LINK untuk anda berdiet dengan lebih berkesan. PERCUMA sahaja...
Daftarkan diri anda disini : http://www.myfitnesspal.com/

***AMARAN!!! Tips ini TIDAK sesuai untuk Ibu Menyusu dan Mengandung.

**Untuk Ibu Menyusu -- Berikan anak anda Susu Badan yang penuh khasiat yang anak anda perlukan. Tidak lama, hanya 2 tahun sahaja. Anda boleh jaga badan anda selepas tamat penyusuan dan selama mana anda mahu. Abaikan apa yang orang kata tentang bentuk badan anda. Yang penting anak anda dapat khasiat yang diperlukan. Apa yang anda boleh lakukan??? BERSENAM!

**Ibu Mengandung -- Inilah masa untuk tidak jaga bentuk badan anda. Have a good time! Jaga diri anda dan anak anda elok-elok. Baca Tips ini..KLIK



SELAMAT BERUSAHA!!!!

No comments:

Post a Comment