Tuesday 4 December 2012

CARA-CARA SOLEKAN ASAS


Jom Belajar Cara-cara ASAS Bersolek. MUDAH!



1. Pertama, anda harus mencuci muka anda dengan pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda. Tujuannya adalah membersihkan muka anda daripada minyak dan kotoran. Untuk pengetahuan anda, jika kulit muka anda tidak bersih dan penggunaan alat solek secara keterlaluan boleh menyebabkan pori-pori muka tersumbat. Hal ini boleh menyebabkan kulit muka anda cepat rosak dan berjerawat.

 


==========================================
2. Kedua, anda harus menggunakan toner. Toner bertujuan membersihkan lebihan kotoran yang tidak dapat dicuci oleh sabun pencuci muka. Selain itu, ia juga dapat menanggalkan sel-sel kulit mati (kulit mati seperti parut jerawat dan jeragat) pada kulit muka anda.


==========================================

3. Penyegar Wajah. Sapukan dan ratakan keseluruh wajah, sekitar mata dan leher penyegar wajah. Ini bagi membantu membekal nutrisi kepada sel kulit seterusnya mengecilkan liang pori dan menghaluskan kulit yang bertindak sebagai penyegar, pelembap, penegang dan pencerah serta sesuai digunakan sekitar mata bagi mengurangkan lingkaran gelap dan garis halus.
==========================================
4. Oleskan Foundation pada bahagian dahi, sekitar mata, kiri dan kanan pipi, dagu dan bibir. Seterusnya ratakan foundation dari dagu ke atas.Untuk kemasan terbaik, gunakan bersama span solekan. Foundation bertujuan sebagai alas bedak dan pelembap menjadikan solekan lebih menawan.

 

                                     ==========================================

5. Pedapkan bedak padat, gunakan span yang secara lembap ataupun berus pada wajah untuk kesan semulajadi. Tujuannya adalah untuk menjadikan kulit lebih halus dan licin serta menjadikan kulit yang nampak kusam tampak gebu dan bercahaya. Selain itu, bedak padat juga bertujuan membantu solekan kita bertahan lebih lama.


==========================================
6. Aliskan celak pada garisan kelopak mata secara perlahan-lahan. Bagi yang baru pertama kali mahu menggunakan celak. Mulakan pada bahagian tengah garisan kelopak mata dan tarik perlahan-lahan sehingga kehujung. Selepas itu, tarik pada bahagian depan hingga ke tengah. Lakukan perkara yang sama pada bahagian bawah kelopak mata. Jangan gopoh. Lakukan perlahan-lahan.


==========================================


7. Letakkan berus Maskara pada sisi bulu mata, secara perlahan-lahan, sapukan maskara dari akar sampai ke hujung bulu mata dengan zig zag. Cuba beberapa posisi lain untuk menambah lentikkan dan mampu melebatkan bulu mata.
==========================================

8. Calitkan sedikit gincu pada hujung jari anda, dan buat bulatan pada tulang pipi anda. Lihat, anda sekarang sudah hampir siap.

 
 
 
9. Untuk mengekalkan warna gincu anda pada waktu yang agak lama. Pertama, anda haruslah sapukan sedikit foundation pada keseluruhan bibir anda. Kedua, pedapkan bedak asas. Ketiga sapukan gincu pada bibir. Keempat, pedapkan sekali lagi bedak asas pada bibir anda yang sudah ada gincu tadi. Dan akhir sekali, oleskan kembali gincu warna kegemaran anda pada seluruh bibir.

==========================================

Sudah Siap! Anda Sangat Menawan!

Dibawah adalah sedikit TIPS cara-cara bersolek mencantikkan mata anda.




TIPS SOLEKAN TAMBAHAN:

SELAMAT MENCUBA!!!


Salam Sayang,
Gadis Ayu, Wanita Menawan...

No comments:

Post a Comment