Sunday 10 August 2014

CARA-CARA MEMPERCEPATKAN BERSALIN NORMAL

   Sakit bersalin atau lebih dikenali sebagai sakit ketika "Contraction" merupakan kesakitan yang teramat dan harus ditempuhi bagi setiap ibu yang bersalin secara normal. Disini saya kongsikan tips bagi mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan proses kelahiran. Terutamanya bagi ibu yang akan bersalin anak sulung atau bagi jarak kelahiran yang jauh.

Tips semasa trimester ke-3 (Kehamilan 7 bulan keatas):
1. Banyakkan makan bendi.
2. Amalkan minum minyak kelapa dara atau minyak zaitun asli. 1 sudu kecil sehari. Selepas masuk 9 bulan, amalkan 1 sudu besar sehari.
3. Amalkan makan buah kurma.
4. Semasa 9 bulan, minum air selusuh (yang disahkan selamat diamalkan). Contohnya produk Biodex atau Anugerah.

Tips semasa berlaku "Contraction" sakit bersalin:
1. Pastikan contraction yang anda hadapi adalah "contraction" yang kerap atau "active labour". Kira dalam 1 jam (10 minit 2 kali atau lebih contraction). Dinasihatkan anda sudah berada dihospital ketika ini.

2. Setiap kali berlaku contraction, banyakkan berjalan. Bagi umat Islam banyakkan selawat.

3. Apabila perut anda sedang mengeras / contraction, tahan nafas anda dan teran sedikit supaya pintu rahim anda terbuka. Kira berapa lama contraction anda. Dengan cara ini, dapat mengurangkan kesakitan anda dan mempercepatkan proses kelahiran.

*Apabila minda kita fokus kepada hal-hal lain, ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit. 
Jika anda masih terlalu sakit, boleh minta nasihat doktor anda untuk menggunakan 'epidural' (ubat hilangkan rasa sakit bersalin "contraction").

Tetapi ingat tau, setiap kali contraction walaupun sudah menggunakan epidural, tahan nafas dan teran sedikit supaya mempercepatkan terbuka pintu rahim untuk kelahiran cahaya mata.

Saya doakan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat semuanya. Amin. 

No comments:

Post a Comment