Thursday 29 November 2012

CARA MINUM KOLAGEN / WHITENING DENGAN CEPAT DAN BERKESAN




1. Bagi sesiapa yang mempunyai kulit bermasalah lebih elok ambil minum detox (detox adalah supplement untuk membuang toksin dalam badan. Biasanya terdapat dalam produk pelangsingan badan) bagi buang toksin dalam badan. Minum dalam 30 hari sudah mencukupi.







2. Whitening / Collagen seelok-eloknya diambil 30 minit sebelum makan atau sebelum tidur (malam). **Waktu terbaik untuk mengambil supplement (untuk kecantikan kulit) adalah sebelum tidur. Pastikan anda tidak mengambil sebarang makanan dalam masa 2 jam sebelum ambil supplement (perut kosong).

3. Jarakkan pengambilan supplement dengan sebarang produk caffein, teh dan tenusu. Sekurang-kurangnya 3 jam sebelum atau selepas pengambilan. Jika tidak ianya hanyalah pembaziran dan sia-sia sahaja. Kenapa??? Kerana ia akan meneutralkan supplement yang anda ambil.

4. Anda perlu minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Supaya supplement didalam badan dapat meresap dalam tubuh anda.

5. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak.

6. Bagi sesiapa yang baru nak bermula minum Whitening / Collagen. Seelok-eloknya diambil 2 kali sehari pada bulan pertama (kecuali jika dinyatakan cukup sekali sehari). Dan bulan yang seterusnya diambil sekali sehari seudah mencukupi (untuk maintain)

7. Siapa yang perlu minum Kolagen? Semua orang perlu minum kolagen untuk kesihatan kulit dan tulang. Tetapi bagi mereka yang mempunyai masalah kulit (kusam,berjerawat dab berjeragat), rambut (rosak dan tidak bersinar), kuku yang mudah rapuh dan tulang tidak kuat adalah golongan yang paling memerlukan kolagen tambahan.

8. Bagaimana dengan whitening? Whitening merupakan produk pencerah kulit dari dalam secara semulajadi. Whitening digunakan oleh mereka yang mempunya masalah kulit kusam, jerawat dan jeragat yang teruk serta mereka yang ingin kulit yang lebih cerah dan berseri.

9. Kalau anda tidak tergolong didalam kumpulan diatas, bermakna anda mengamalkan cara pemakanan serta hidup yang sihat! Tahniah! Terus kekalkan kecantikan dan kesihatan anda!




Salam Sayang,

No comments:

Post a Comment