Saturday 4 November 2017

Tips Untuk Ibu Mengandung dan Bakal Mengandung (Dengan IzinNya)

Saya Kongsikan Tips Untuk Mendapatkan Anak yang Sihat dan Cerdas (In Shaa Allah)

Perkara yang perlu anda amalkan 3 Bulan sebelum Berkahwin / Merancang Untuk Hamil:

1. Ambil Folic Acid sebagai supplement harian anda.

2. Anda perlu ambil multivitamin supaya tubuh anda dalam keadaan sedia untuk menerima kehadiran "orang baru".

3. Minum Susu Kambing atau apa jenis produk tenusu setiap pagi supaya kalsium tubuh anda sentiasa mencukupi.

4. Jika anda mempunyai masalah berat badan, ambil produk jenis "Fat Burner" sebelum anda merancang kehamilan. Supaya masalah lemak pada bahagian rahim tidak menjadi penyebab anda tidak dapat hamil.

5. Sentiasa bersenam dan dalam keadaan sihat fizikal serta mental. Think positif and be positif sebab semasa mengandung anda perlu kekal positif untuk melalui pelbagai jenis fasa.

Semasa Mengandung:

1. Jangan sekali-kali menjadikan diri anda Hamba kepada kandungan anda. Be Strong! 

2. Didik anak daripada awal kandungan bukan selepas dilahirkan.

3. Jangan manjakan diri anda. Bergerak bergerak dan bergerak.

4. Jangan sekali-kali suka mengarahkan orang lain kerana anda mengandung, sifat itu akan mempengaruhi perangai janin anda.

5. Sentiasa fikiran positif dan kuat.

6. Apa sahaja keinginan (mengidam) yang kuat semasa mengandung, itulah keinginan anak anda. Anda kenali mereka sebelum mereka dilahirkan lagi.

7. Sentiasa jaga mulut, akhlak dan tingkah laku semasa mengandung.

8. Be positif dan Rajin Rajin Rajin.

9. Sentiasa kawal diri dan emosi. Ingat Tuhan. Perbanyakkan amal kebaikan.

10. Sentiasa berzikir dan membaca al-Quran.

11. Jika anda ada masalah suka muntah, set minda anda..anda kuat!

12. Teruskan amalan pemakanan Folic Acid, Multivitamin dan Susu Kambing semasa anda disahkan mengandung.

13. Jangan lupa ambil supplement minyak ikan Salmon untuk perkembangan IQ anak anda.

14. Jangan lupa meminta maaf dan maafkan semua orang yang rapat dengan anda.

15. Kekal tenang..

Kenapa saya tegas amalan Semasa Mengandung???

Sifat dan perangai ibu semasa mengandung akan mempengaruhi sifat anak-anak semasa dilahirkan. Jangan salahkan anak manja, malas, degil dan mengada-ngada. Renungkan kembali apa yang anda lakukan semasa anda hamilkan mereka.

Tahniah Jika Anda Sudah Hamil. Semoga Menjadi Ibu Solehah dan Melahirkan Anak-anak yang cemerlang diDunia dan Akhirat.

**Tips semasa Berdoa.
Jangan lupa ketika berdoa untuk anak dalam kandungan anda..."Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Berkuasa..Cukuplah sifat anakku, sihatkanlah tubuh badan anakku, Jadikan anakku anak yang sentiasa senangkan orang sekelilingnya, Penuhkan hati anakku dengan sifat Mahmudah dan jauhkan anakku dari sifat Mazmumah, jadikanlah anakku anak yang soleh/solehah. Lindungilah anakku daripada segala jenis gangguan Jahat manusia, fitnah jin dan dajjal. Ya, Allah jadikanlah anakku anak yang sentiasa cemerlang didunia dan akhirat. Amin."

Baca Tips Pemakanan Semasa Mengandung 

Saturday 28 October 2017

Jom Berdandan di SALON MUSLIMAH AFIYA!!!

Salon Muslimah Afiya terletak di:

sederet dengan Petronas Wangsa Melawati, Masjid, kalau dah nampak Manjaku dan KWSP tu kira dah sampai la tu. Salon terletak tingkat atas (tingkat 1).

42-1, LORONG DATARAN WANGSA,
DATARAN WANGSA MELAWATI,
53300 KUALA LUMPUR.

TEL : 03-4131 1222 (Buat appointment kalau tak nak menunggu lama)

Web : Salon Muslimah Afiya

Dibuka pada : Selasa sehingga Ahad (10.30pagi sehingga 7.30petang)

Saya suka pergi ke Salon ni walaupun agak jauh dari tempat tinggal saya..sebab????
Staff dia sangat mesra pelanggan yang penting sangat mesra kanak-kanak.
Tambahan servis yang dia bagi memang tip top. Berbaloi dengan harga yang dibayar.

Salon yang luas dan sangat teratur gitu..
Ruangan Butik



Ruangan Manicure dan Pedicure

 Ruangan Menunggu dan anak-anak bermain

 Ruangan Salon Rambut yang luas

Tempat Cuci Rambut


Ada ruangan lain seperti tempat berurut, bertanggas dan facial. Sangat cozy, selesa dan mesra kanak-kanak.

100% untuk Wanita sahaja. Jadi memang rasa selesa untuk kaum ibu relaxkan badan disini.

Dibawah senarai harga untuk salon muslimah ni...




**p/s: saya promote ni sebab servis dia bagus dan tempatnya saaangat selesa.

Saturday 16 September 2017

TIPS AWET MUDA!!!

Siapa yang tidak suka kelihatan sihat dan muda walaupun pada usia yang sudah meningkatkan???

Disini saya kongsikan tips untuk kekal sihat dan muda, tidak kira berapa pun umur anda...mulakan dari sekarang!!!

Tips ini boleh diamalkan oleh semua ya.
1) Setiap kali bangun pagi, minum segelas air suam. Minum air suam 8 gelas 1 hari.


2) Kurangkan atau lebih baik Jangan minum air sejuk / berais.
  
   a)Terutamanya bagi yang ada masalah senggugut. Minuman sejuk/berais boleh menyebabkan darah haid kurang lancar. Jika anda amalkan ini, dalam masa 3 bulan masalah senggugut akan berkurangan. In Sha Allah.
  b)Minuman sejuk / berais juga boleh menyebabkan lemak dalam badan anda menjadi tepu. Itu yang menjadikan perut buncit, saluran tersumbat dan susah nak kurus.
  c)Perkara yang paling tak best jika anda kuat minum ais adalah badan mudah rasa lemah, lesu dan urat badan selalu sakit-sakit.
  d)Jadi kesimpulannya minuman sejuk / berais tidak membawa kebaikan kepada anda.

3) Mandi pagi dengan air sejuk (suhu biasa bukan air dari heater).Mandi Air Suam pada waktu petang.
  
  a) Topik diatas larang minum air sejuk tetapi disini saya galakkan mandi air sejuk pada waktu pagi. Banyak khasiatnya.
  b) Mandi Air Suam pada waktu petang bagi membuang daki / kotoran yang dihasilkan daripada pelbagai aktiviti yang anda lakukan.

4) Bersenam / Keluarkan peluh sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  
  Kenapa saya suruh bersenam??? Jika badan anda fit, sudah tentu anda akan kelihatan lebih muda. Yang penting perjalanan dalam darah anda lebih lancar dan Otot badan anda semakin Kuat!!!
***Otot badan berketak-ketak hanya timbul jika anda mengangkat pemberat yang banyak setiap hari. Jika senaman rutin biasa anda hanya nampak fit dan muda! Pakai baju apa pun akan nampak WOW!!! Awesome! Hebat! 

5) Lakukan lompat bintang sekurang-kurangnya 10 lompatan sehari.
  
  Kenapa lompat bintang??? Masa kita sekolah dulu kita banyak aktiviti melompatkan sebab itu badan kita "fit". Jadi setiap pagi / malam lakukan lompat bintang supaya badan kita kekal "fit"! Anda akan nampak lebih lebih muda jika anda lakukan senaman mudah ini setiap hari. Tak percaya?? Cubalah!!!
6) Kurangkan makanan berlemak dan berminyak.
7) Elakkan / Kurangkan makan pada waktu Malam.

Pada waktu malam, anda sudah tidak memerlukan kalori tambahan (makanan/tenaga) untuk dibakar. Jadi jika makanan yang anda makan pada waktu malam akan tersimpan menjadi lemak. Jadi anda akan gagal untuk kelihatan awek muda!!! Kalau lapar sangat, ambil makanan yang tiada lemak (rendah kalori) atau minum secawan susu dan tidur zzzzzzzzzz.

8) Tidur secukupnya.
  
a) Salah satu punca kulit kusam dan kurang semangat adalah tidur yang tidak cukup. Jadi ubah cara hidup anda untuk kekal sihat dan ceria!!!

9) Jika anda mempunyai masalah susah nak buang air besar, saya galakkan anda untuk mengambil detox yang mempunyai "Garcinia Cambogia" atau fiber.
  
  Amalkan sekurang-kurangnya 2 hari 1 kali. In Sha Allah anda akan rasa lebih ceria kembali. Kalau anda jenis kuat makan, ambil waktu malam setiap hari.


10) Kurangkan pemakaian kosmetik.
  
  a) Penggunaan kosmetik secara keterlaluan adalah penyebab utama kulit anda semakin rosak. Jadi untuk mengekalkan kulit muda anda, kurangkan ya kosmetik! Baaanyak bahan kimia yang terkandung didalamnya. 
  b) Cukup sekadar cuci muka guna sabun muka, pakai toner dan pelembap.(Pastikan anda guna produk yang disahkan oleh KKM)

11) Sapukan losyen badan setiap hari terutamanya pada kaki dan telapak kaki serta seluruh tangan.

12) Ambil 1 jenis supplement sahaja yang sesuai dengan tubuh anda.
  
  a) Pengambilan supplement tambahan yang betul boleh membantu anda kekal sihat dan menawan. (Contoh Habbattus Sauda, kolagen, stemcell buah-buahan dan sebagainya)

Mulakan sekarang tau!!! Jangan tangguh-tangguh lagi sebab tips ini bukan sahaja membuatkan anda awet muda tetapi membantu kesihatan anda bertambah baik!


Sunday 10 August 2014

CARA-CARA MEMPERCEPATKAN BERSALIN NORMAL

   Sakit bersalin atau lebih dikenali sebagai sakit ketika "Contraction" merupakan kesakitan yang teramat dan harus ditempuhi bagi setiap ibu yang bersalin secara normal. Disini saya kongsikan tips bagi mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan proses kelahiran. Terutamanya bagi ibu yang akan bersalin anak sulung atau bagi jarak kelahiran yang jauh.

Tips semasa trimester ke-3 (Kehamilan 7 bulan keatas):
1. Banyakkan makan bendi.
2. Amalkan minum minyak kelapa dara atau minyak zaitun asli. 1 sudu kecil sehari. Selepas masuk 9 bulan, amalkan 1 sudu besar sehari.
3. Amalkan makan buah kurma.
4. Semasa 9 bulan, minum air selusuh (yang disahkan selamat diamalkan). Contohnya produk Biodex atau Anugerah.

Tips semasa berlaku "Contraction" sakit bersalin:
1. Pastikan contraction yang anda hadapi adalah "contraction" yang kerap atau "active labour". Kira dalam 1 jam (10 minit 2 kali atau lebih contraction). Dinasihatkan anda sudah berada dihospital ketika ini.

2. Setiap kali berlaku contraction, banyakkan berjalan. Bagi umat Islam banyakkan selawat.

3. Apabila perut anda sedang mengeras / contraction, tahan nafas anda dan teran sedikit supaya pintu rahim anda terbuka. Kira berapa lama contraction anda. Dengan cara ini, dapat mengurangkan kesakitan anda dan mempercepatkan proses kelahiran.

*Apabila minda kita fokus kepada hal-hal lain, ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit. 
Jika anda masih terlalu sakit, boleh minta nasihat doktor anda untuk menggunakan 'epidural' (ubat hilangkan rasa sakit bersalin "contraction").

Tetapi ingat tau, setiap kali contraction walaupun sudah menggunakan epidural, tahan nafas dan teran sedikit supaya mempercepatkan terbuka pintu rahim untuk kelahiran cahaya mata.

Saya doakan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat semuanya. Amin. 

Sunday 8 June 2014

AMALAN PEMAKANAN SEMASA MENGANDUNG

Setiap Ibu Yang Bakal Mengandung mahupun yang sedang mengandung pasti mahukan nutrisi yang terbaik buat anak yang dikandung. Nutrisi yang terbaik inilah yang akan membantu tumbesaran anak-anak dari dalam alam rahim sehinggalah mereka dilahirkan.

Dibawah senarai pemakanan yang patut ibu-ibu mengandung Amalkan sepanjang kehamilan dari 0 bulan sehingga bayi dilahirkan:

1. SUSU KAMBING
a. Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh
b. Sumber kalsium & mineral untuk tubuh dan kandungan
c. Mengelak bayi dari terkena demam kuning
d. Membantu memudahkan proses bersalin
e. Membantu membersihkan anggota dalaman dan peranakan semasa bersalin
f. Minuman Sunnah

2. BADAM
Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.

3.KURMA
          Bagi ibu-ibu mengandung, adalah digalakkkan untuk mengambil kurma dalam diet harian mereka. Di dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini. Ayat ini merujuk kepada peristiwa ketika Maryam mengandung Nabi Isa a.s sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah membawakan perkataan ‘Amr bin Maimun di dalam tafsirnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah”
Ruthab (kurma basah) mencegah terjadinya pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. Hal ini karena dalam kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kalahiran.

Dokter Muhammad An-Nasimi dalam kitabnya, Ath-Thibb An-Nabawy wal Ilmil Hadits (II/293-294) mengatakan, “Hikmah dari ayat yang mulia ini secara kedokteran adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat membutuhkan minuman dan makanan yang kaya akan unsur gula, hal ini karena banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan bayi, terlebih lagi apabila hal itu membutuhkan waktu yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengontrol laju gerak rahim dan menambah masa sistolenya (kontraksi jantung ketika darah dippompa ke pembuluh nadi). Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh”

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)” 

4. BARLI
Khasiat barli untuk ibu hamil. Melawaskan air kencing baik untuk buah pinggang kita. Terutamanya bagi ibu hamil yang mempunyai masalah kencing kotor. Selain itu, minuman barli juga dapat menyejukkan badan, mencantikkan kulit bayi dan merendahkan kolestrol serta gula dalam badan kita.

5. KAPSUL MINYAK IKAN (FISH OIL)

Kapsul minyak ikan elok diamalkan pada tiga bulan terakhir kehamilan. Ia mempunyai EPA dan DHA. Elok untuk perkembangan minda dan menguatkan tulang anak-anak. Selain itu, minyak ikan juga dapat membantu anak-anak yang bakal dilahirkan dari mempunyai alahan yang teruk.

Tips: Pilih minyak ikan salmon. Rendah merkuri. 

6. SOYA
Vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.

7. BUAH-BUAHAN

8. SAYUR-SAYURAN

9. ZA'FARAN

10. KOLAGEN - Amat elok diamalkan. Amat elok untuk Tulang, Rambut, Otot dan perkembangan fizikal bayi yang sihat.

Sunday 8 December 2013

TIPS MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA MENGANDUNG

Tiada apa yang lebih menggembirakan setiap pasangan yang telah berumahtangga, apabila mendapati dirinya (isteri) mengandung. Tidak kiralah anaknya yang keberapa. Sudah pasti apabila setiap ibu mengandung harus mengambil lebih kalori yang tinggi untuk anaknya didalam kandungan.

Bagi ibu yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit semasa mengandung pasti berasa gembira selama bayi didalam kandungan. Bagaimana pula bagi ibu-ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi semasa hamil. Disini saya akan kongsikan tips untuk menurun / mengawal tekanan darah tinggi semasa hamil.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil, berisiko kehilangan bayinya, nyawanya sendiri atau bayi yang dilahirkan tidak seberat bayi normal yang lain.

Tips 1
Penyebab utama, tekanan darah tinggi adalah makanan yang mempunyai sodium / natrium yang tinggi. Sodium / Natrium adalah bersamaan dengan GARAM. Sodium / Natrium yang tinggi kebanyakan ada didalam :

  1. Restoran Makanan Segera (KFC, McD, Pizza dan seangkatan dengannya)
  2. Makanan bergoreng (Ayam Goreng, Karipap, Popia dan lain-lain)
  3. Makanan siap untuk dimakan (Sausage, Burger, Wedges, Murtabak Segera dan lain-lain)
  4. Roti Canai
  5. Ikan masin, udang kering, ikan bilis dan seangkatan dengannya.
Ingat ELAKKAN makan makanan didalam senarai diatas!


Tips 2
Perbanyakkan minum air Fresh Orange. Ya. Pastikan ianya segar dan kurang gula. Sekarang terdapat pelbagai produk dipasaran menjual Fresh Orange seperi Marigold, Ceres dan lain-lain.
Amalkan minuman yang penuh khasiat ini pada setiap pagi dan malam. Selain dapat mengawal tekanan darah tinggi, ianya turut membekalkan vitamin C yang tinggi kepada bayi yang anda kandung. Pasti bayi anda akan mempunyai kulit yang cantik.

Kalau nak makan terus pun boleh tapi jangan banyak sangat tau. Nanti angin pula.

Tips 3
Jadikan tomato / daun sup / batang celery sebagai ulam anda setiap kali anda menjamu selera. 
Tomato / Daun Sup / Batang Celery dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu, ia juga membekalkan banyak nutrisi yang diperlukan oleh bayi anda. Juga terdapat 1001 kebaikan pada tubuh anda juga.

Tips 4
Minum air asam jawa. Minum air asam jawa 2 hari sekali. Cara penyediaan. Isi air masak kedalam 1/2 cawan kegemaran anda. Masukkan hujung sudu pes asam jawa dan kacau. Akhir sekali minum. 

Selain dapat menurun tekanan darah tinggi, ia juga baik untuk ibu hamil yang sedang mempunya sakit kerongkong atau batuk. Kebanyakan ubat batuk tidak boleh diambil oleh ibu mengandung kerana ditakuti akan membahayakan bayi didalam kandungan.

Tips 5
Bersenam. Jangan keterlaluan. Anda boleh google diinternet senaman untuk ibu hamil. Bagi mengurangkan tekanan serta dapat membantu semasa kehamilan dan semasa proses bersalin.

Tips 6
Buat kerja dengan teratur. Jangan kelam-kabut. Relaks... Anda sedang hamil tau. Minta tolong orang yang terdekat dengan anda jika perlu. Ingat. Tarik nafas. Relaks....


Dengan mengamalkan tips-tips diatas, InsyaAllah anda akan lahirkan bayi yang sihat dan comel. 

Selamat Menjaga Kesihatan Para Ibu disayangi!