Saturday 4 November 2017

Tips Untuk Ibu Mengandung dan Bakal Mengandung (Dengan IzinNya)

Saya Kongsikan Tips Untuk Mendapatkan Anak yang Sihat dan Cerdas (In Shaa Allah)

Perkara yang perlu anda amalkan 3 Bulan sebelum Berkahwin / Merancang Untuk Hamil:

1. Ambil Folic Acid sebagai supplement harian anda.

2. Anda perlu ambil multivitamin supaya tubuh anda dalam keadaan sedia untuk menerima kehadiran "orang baru".

3. Minum Susu Kambing atau apa jenis produk tenusu setiap pagi supaya kalsium tubuh anda sentiasa mencukupi.

4. Jika anda mempunyai masalah berat badan, ambil produk jenis "Fat Burner" sebelum anda merancang kehamilan. Supaya masalah lemak pada bahagian rahim tidak menjadi penyebab anda tidak dapat hamil.

5. Sentiasa bersenam dan dalam keadaan sihat fizikal serta mental. Think positif and be positif sebab semasa mengandung anda perlu kekal positif untuk melalui pelbagai jenis fasa.

Semasa Mengandung:

1. Jangan sekali-kali menjadikan diri anda Hamba kepada kandungan anda. Be Strong! 

2. Didik anak daripada awal kandungan bukan selepas dilahirkan.

3. Jangan manjakan diri anda. Bergerak bergerak dan bergerak.

4. Jangan sekali-kali suka mengarahkan orang lain kerana anda mengandung, sifat itu akan mempengaruhi perangai janin anda.

5. Sentiasa fikiran positif dan kuat.

6. Apa sahaja keinginan (mengidam) yang kuat semasa mengandung, itulah keinginan anak anda. Anda kenali mereka sebelum mereka dilahirkan lagi.

7. Sentiasa jaga mulut, akhlak dan tingkah laku semasa mengandung.

8. Be positif dan Rajin Rajin Rajin.

9. Sentiasa kawal diri dan emosi. Ingat Tuhan. Perbanyakkan amal kebaikan.

10. Sentiasa berzikir dan membaca al-Quran.

11. Jika anda ada masalah suka muntah, set minda anda..anda kuat!

12. Teruskan amalan pemakanan Folic Acid, Multivitamin dan Susu Kambing semasa anda disahkan mengandung.

13. Jangan lupa ambil supplement minyak ikan Salmon untuk perkembangan IQ anak anda.

14. Jangan lupa meminta maaf dan maafkan semua orang yang rapat dengan anda.

15. Kekal tenang..

Kenapa saya tegas amalan Semasa Mengandung???

Sifat dan perangai ibu semasa mengandung akan mempengaruhi sifat anak-anak semasa dilahirkan. Jangan salahkan anak manja, malas, degil dan mengada-ngada. Renungkan kembali apa yang anda lakukan semasa anda hamilkan mereka.

Tahniah Jika Anda Sudah Hamil. Semoga Menjadi Ibu Solehah dan Melahirkan Anak-anak yang cemerlang diDunia dan Akhirat.

**Tips semasa Berdoa.
Jangan lupa ketika berdoa untuk anak dalam kandungan anda..."Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Berkuasa..Cukuplah sifat anakku, sihatkanlah tubuh badan anakku, Jadikan anakku anak yang sentiasa senangkan orang sekelilingnya, Penuhkan hati anakku dengan sifat Mahmudah dan jauhkan anakku dari sifat Mazmumah, jadikanlah anakku anak yang soleh/solehah. Lindungilah anakku daripada segala jenis gangguan Jahat manusia, fitnah jin dan dajjal. Ya, Allah jadikanlah anakku anak yang sentiasa cemerlang didunia dan akhirat. Amin."

Baca Tips Pemakanan Semasa Mengandung 

No comments:

Post a Comment