Wednesday 19 December 2012

APA ITU GLUTATHIONE

GLUTATHIONE atau gluta, sejenis asid amino yang ada dalam hampir setiap organisma yang hidup di muka bumi. Gluta antara satu jenis antioksida paling berkesan bertindak mengumpul toksin di dalam organ penapisan iaitu limpa secara organik.

Toksin yang dikumpulkan secara organik itu dikeluarkan daripada badan menerusi proses perkumuhan secara berkesan. Gluta juga dikatakan berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan kolagen.

Pakar Kosmetik, Dr Aidil Azry Mokhtar, berkata gluta juga menjadi elemen penting untuk kesihatan keseluruhan dengan keupayaan gluta berupaya bertindak mencegah pembentukan melanin gelap sekali gus berfungsi sebagai ejen pemutih.

Selain itu, terdapat banyak kelebihan gluta untuk badan antara lain berupaya meningkatkan imunisasi badan, mencegah barah selain membantu melambatkan proses penuaan.

Kandungan gluta pula boleh meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain. Secara tidak langsung, gluta menjadi bahan yang amat diperlukan untuk mendapatkan kulit cantik tanpa masalah.

Oleh itu, untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan. Pastikan anda mengambil supplemen yang mempunyai Gluta.

Hampir Semua Produk Whitening Mempunyai Kandungan Glutathione.

Harga bukan penentu segala. Ianya bergantung kepada penerimaan individu. Yang paling penting jangan sekali-kali mengambil produk yang mempunya campuran bahan kimia, ianya boleh merosakkan kulit dan tubuh kita.


No comments:

Post a Comment