Thursday 29 November 2012

PENAMPILAN DIRI UNTUK TEMUDUGA

Salam Sayang,

Saya pasti anda semua sudah sediakan semua sijil yang diperlukan untuk ditemuduga. 

Bagaimana dengan penampilan anda? Adakah penampilan anda sudah cukup untuk meyakinkan bakal Pengurus anda untuk mengambil anda sebagai pekerja mereka?

Disini saya akan kongsikan sedikit tips untuk menjadikan anda lebih berkeyakinan dimata penemuduga.
 1. Pertama, gambar dibawah adalah etiqa berpakaian (bagi wanita) di Malaysia.

 2. Ini adalah solekan yang paling sesuai untuk anda. Pastikan nipis dan tidak terlalu tebal.
 3. Jika terlalu tebal, bakal pengurus anda fikir anda mungkin tidak pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Ini akan menyebabkan anda akan ditolak daripada mendapatkan pekerjaan idaman anda.
 4. Oleh itu, solekan yang anda perlukan untuk pergi temuduga adalah:
a. Mula-mula bersihkan muka anda dahulu dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.

b. Lepas kulit muka anda dilap kering, ratakan foundation  keseluruh wajah anda. Jangan gunakan foundation terlalu banyak, ini akan menyebabkan wajah anda kelihatan tidak natural.

c. Pedapkan bedak asas solekan pada wajah anda.(Untuk kelihatan lebih natural, gunakan berus solek). Jangan lupa pada bahagian kelopak mata juga. Pastikan bedak anda tidak terlalu tebal. Ini akan menyebabkan kulit anda sukar untuk bernafas dan akan menyebabkan jerawat bila berpeluh.

d. Aliskan celak pada kelopak mata anda. Lakukan perlahan-lahan. Jangan sekali-kali tebalkan celak anda. Nipis dan sederhana sudah memadai.Yang penting nampak natural.

e. Letakkan berus maskara pada sisi bulu mata secara perlahan-lahan. Sapukan maskara dari akar sampai kehujung bulu mata dengan zig zag. Jaga-jaga, jangan sampai meleleh.

f. Calitkan sedikit gincu anda pada hujung jari, dan sapukan secara bulatan perlahan-lahan pada tulang pipi. Sedikit sahaja tau, kalau tak pipi anda kelihatan terlalu merah.Takut mak!

g. Akhir sekali oleskan gincu berwarna tidak terlalu terang pada bibir anda. Yang penting anda nampak natural.

Sekarang anda sudah siap. Kalau yang bertudung, Jangan guna teknik memakai tudung yang heavy sangat. Pakai tudung yang menyerlahkan keayuan dan keyakinan anda sudah mencukupi. Bagi yang tidak bertudung dan berambut panjang. Jangan lupa sikat rambut dengan kemas. Ikat rambut dengan menggunakan getah rambut berwarna gelap.

Saya doakan anda berjaya!

Salam Sayang,

Jika anda tidak mempunyai alat solek yang sesuai, boleh dapatkan disini > KOSMETIK. Anda boleh pilih mengikut budget anda. Jika anda beli 3 barangan kami, penghantaran adalah PERCUMA! 

Kalau anda beli hari ini sebelum 2petang pada hari bekerja, anda akan mendapat barang yang anda order keesokan harinya (bergantung kepada kurier).

No comments:

Post a Comment