Saturday 16 September 2017

TIPS AWET MUDA!!!

Siapa yang tidak suka kelihatan sihat dan muda walaupun pada usia yang sudah meningkatkan???

Disini saya kongsikan tips untuk kekal sihat dan muda, tidak kira berapa pun umur anda...mulakan dari sekarang!!!

Tips ini boleh diamalkan oleh semua ya.
1) Setiap kali bangun pagi, minum segelas air suam. Minum air suam 8 gelas 1 hari.


2) Kurangkan atau lebih baik Jangan minum air sejuk / berais.
  
   a)Terutamanya bagi yang ada masalah senggugut. Minuman sejuk/berais boleh menyebabkan darah haid kurang lancar. Jika anda amalkan ini, dalam masa 3 bulan masalah senggugut akan berkurangan. In Sha Allah.
  b)Minuman sejuk / berais juga boleh menyebabkan lemak dalam badan anda menjadi tepu. Itu yang menjadikan perut buncit, saluran tersumbat dan susah nak kurus.
  c)Perkara yang paling tak best jika anda kuat minum ais adalah badan mudah rasa lemah, lesu dan urat badan selalu sakit-sakit.
  d)Jadi kesimpulannya minuman sejuk / berais tidak membawa kebaikan kepada anda.

3) Mandi pagi dengan air sejuk (suhu biasa bukan air dari heater).Mandi Air Suam pada waktu petang.
  
  a) Topik diatas larang minum air sejuk tetapi disini saya galakkan mandi air sejuk pada waktu pagi. Banyak khasiatnya.
  b) Mandi Air Suam pada waktu petang bagi membuang daki / kotoran yang dihasilkan daripada pelbagai aktiviti yang anda lakukan.

4) Bersenam / Keluarkan peluh sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  
  Kenapa saya suruh bersenam??? Jika badan anda fit, sudah tentu anda akan kelihatan lebih muda. Yang penting perjalanan dalam darah anda lebih lancar dan Otot badan anda semakin Kuat!!!
***Otot badan berketak-ketak hanya timbul jika anda mengangkat pemberat yang banyak setiap hari. Jika senaman rutin biasa anda hanya nampak fit dan muda! Pakai baju apa pun akan nampak WOW!!! Awesome! Hebat! 

5) Lakukan lompat bintang sekurang-kurangnya 10 lompatan sehari.
  
  Kenapa lompat bintang??? Masa kita sekolah dulu kita banyak aktiviti melompatkan sebab itu badan kita "fit". Jadi setiap pagi / malam lakukan lompat bintang supaya badan kita kekal "fit"! Anda akan nampak lebih lebih muda jika anda lakukan senaman mudah ini setiap hari. Tak percaya?? Cubalah!!!
6) Kurangkan makanan berlemak dan berminyak.
7) Elakkan / Kurangkan makan pada waktu Malam.

Pada waktu malam, anda sudah tidak memerlukan kalori tambahan (makanan/tenaga) untuk dibakar. Jadi jika makanan yang anda makan pada waktu malam akan tersimpan menjadi lemak. Jadi anda akan gagal untuk kelihatan awek muda!!! Kalau lapar sangat, ambil makanan yang tiada lemak (rendah kalori) atau minum secawan susu dan tidur zzzzzzzzzz.

8) Tidur secukupnya.
  
a) Salah satu punca kulit kusam dan kurang semangat adalah tidur yang tidak cukup. Jadi ubah cara hidup anda untuk kekal sihat dan ceria!!!

9) Jika anda mempunyai masalah susah nak buang air besar, saya galakkan anda untuk mengambil detox yang mempunyai "Garcinia Cambogia" atau fiber.
  
  Amalkan sekurang-kurangnya 2 hari 1 kali. In Sha Allah anda akan rasa lebih ceria kembali. Kalau anda jenis kuat makan, ambil waktu malam setiap hari.


10) Kurangkan pemakaian kosmetik.
  
  a) Penggunaan kosmetik secara keterlaluan adalah penyebab utama kulit anda semakin rosak. Jadi untuk mengekalkan kulit muda anda, kurangkan ya kosmetik! Baaanyak bahan kimia yang terkandung didalamnya. 
  b) Cukup sekadar cuci muka guna sabun muka, pakai toner dan pelembap.(Pastikan anda guna produk yang disahkan oleh KKM)

11) Sapukan losyen badan setiap hari terutamanya pada kaki dan telapak kaki serta seluruh tangan.

12) Ambil 1 jenis supplement sahaja yang sesuai dengan tubuh anda.
  
  a) Pengambilan supplement tambahan yang betul boleh membantu anda kekal sihat dan menawan. (Contoh Habbattus Sauda, kolagen, stemcell buah-buahan dan sebagainya)

Mulakan sekarang tau!!! Jangan tangguh-tangguh lagi sebab tips ini bukan sahaja membuatkan anda awet muda tetapi membantu kesihatan anda bertambah baik!


No comments:

Post a Comment